Wednesday, August 12, 2009

National Day - Hari Kebangaan Singapura - 9 ogos 2009

Hari Kebangsaan Singapura adalah hari yang palling penting untuk warga-warga Singapura walaupun berbilang bangsa dan agama. Warga Singapura terutama sekali pembesar-pembesar Singapura merasa bangga akan hari yang dinanti-nantikan itu. Singapura ada sejarahnya yang tersendiri. Ia bermula jauh dari abad ke 19. Singapura sebuah pulau yang dinamakan Pulau Temasek. Ia dinamakan oleh Parameswara. Ia adalah sebuah pulau untuk para nelayan dan ia hanya diduduki oleh segelintir orang berbangsa Melayu dan Cina. Pada tahun 1819, Sir Raffles datang untuk mengolonikan pulau itu kepada Empire Britain kerana sebab-sebab tertentu. Ia menjadi sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal. Dengan ini, ia memperolehi wang dari ini. Perang Dunia 2 bermula dan negara Jepun menakluki Singapura. Selama empat tahun warga Singapura merana dengan kesiksaan oleh orang Jepun. Apabila perang sudah berhenti, orang British datang balik mengambil kuasa. Pada tahun 1965, Singapura menjadi negara yang bebas apabila ia terkeluar dari Negara Malaysia. Semenjak itu, kerajaan Singapura cuba seday-upaya untuk membantu warga-warganya yang memerlukan bantuan dari segi kewangan. Singapura menjadi tempat untuk membuat perniagaan dan kerana itu ekonominya bertambah baik. Ia adalah tempat yang sesuai dari segi pelajaran, pekerjaan dan sosial. Kerajaan juga telah cuba mengharmonikan warga-warganya yang berbilang bahasa, bangsa dan agama. Ini sangat penting selepas kita dapat tengok dari rusuhan kaum berbilang bangsa dan agama yang berlaku pada tahun-tahun 60-an, ia membawa kebinasaan.