Thursday, March 26, 2009

Minggu Lalu

Pada cuti sekolah minggu yang lalu, saya berasa seronok sekali pergi menghabiskan masa di chalet dengan keluarga dan saudara-mara saya di Resort Costa Sands yang berada di Pasir Ris. Sebelum sampai ke tempat tersebut, saya berasa tidak sabar untuk bertemu saudara -mara. Bapak saya menyewa lorry besar supaya kami sekeluarga bersama saudara-mara boleh pergi bersama lagi meriah. apabila kami sampai ke sana, kami mula dengan makan tengah hari beramai-ramai. Ia sungguh meriah. Selepas itu,kami pergi mandi di laut. Kami bermain campak-campak bola di air. malam pun sudah dekat, kami keluar dari air dan pergi makan malam. Sepanjang malam itu, kami berbual-berbual bersama-sama. Ada yang bermain bola. Saya pulak pergi memancing di tepi laut bersama bapak saya. Pada pukul 11 malam, saya dan keluarga saya balik, cuma segelintir sahaja tidur di sana.