Thursday, March 26, 2009

Minggu Lalu

Pada cuti sekolah minggu yang lalu, saya berasa seronok sekali pergi menghabiskan masa di chalet dengan keluarga dan saudara-mara saya di Resort Costa Sands yang berada di Pasir Ris. Sebelum sampai ke tempat tersebut, saya berasa tidak sabar untuk bertemu saudara -mara. Bapak saya menyewa lorry besar supaya kami sekeluarga bersama saudara-mara boleh pergi bersama lagi meriah. apabila kami sampai ke sana, kami mula dengan makan tengah hari beramai-ramai. Ia sungguh meriah. Selepas itu,kami pergi mandi di laut. Kami bermain campak-campak bola di air. malam pun sudah dekat, kami keluar dari air dan pergi makan malam. Sepanjang malam itu, kami berbual-berbual bersama-sama. Ada yang bermain bola. Saya pulak pergi memancing di tepi laut bersama bapak saya. Pada pukul 11 malam, saya dan keluarga saya balik, cuma segelintir sahaja tidur di sana.

1 comment:

  1. Saya boleh membayangkan ape yang kamu buat apabila berada di sana kerana telah menerangkan cerita kamu dengan baik. 'Bapak' seharusnya ditulis Bapa. Saya seronok membaca cerita kamu tetapi saya tidak tah berapa meriahnya. Saya harap kamu panjangkan cerita kamu supaya saya tahu berapa meriah masa yang kamu luangkan apabila berada di sana dengan saudara-mara kamu.

    ReplyDelete